Catatan

Harapan....

Aku sering dikatakan lemah kerana begitu mudah untuk mempercayai butir bicara anak-anak melebihi dari yang disangka. Boleh dikatakan hampir setiap janji mereka itu sering tidak tertunai malahan kadangkala menjadi luahan bicara jenaka. Dan sebagaimana biasa bilamana amarah menguasai diri, aku sering berkata... kalau ada rotan.. abah akan belasah korang semua. Biasanya, kata hamburan itu hanyalah berakhir tanpa sebarang tindakan. Ianya berlalu tanpa sebarang tindakan lanjut dan anak-anak terus sahaja mengambil ringan ancaman yang biasa abah berikan. Kerana sudah maklum inaya akan berakir tanpa sebaarng tindakan susulan. Terkenang aku suatu masa dahulu... tatkala aku bakal menduduki peperiksaan yang besar pertama kali dalam hidupku. Peperiksaan yang menjadi penentu kedudukan aku di persada akedemik tanah air, sering aku berjaga malam sebagai usaha untuk menempatkan diri di kalangan mereka yang berkategori cemerlang. Sering juga bapak yang pulang dari kerja singah ke rumah untuk mand...

Warisan

Ku ingin kotakan seribu janji Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan Aku lah penyambung warisan... Entah kenapa lirik lagu Warisan dendangan Sudirman menjadi kicauan lembut di gegendangku sejak akhir-akhir ini Oncologist yang ramah bicaranya bertanya seolah-olah ingin mencari asal usul sel yang rakus menerobos masuk ke dalam paru-paru kananku. Ibu masih ada....? sudah bersama Penciptanya ujarku selamba. Pergi bersama kelukaan dihatinya Khabarnya diguris kuman sekian lamanya Namun tidak disedarkan oleh sesiapa Badan yang kurus sangkaku biasa Selera berkurangan bicaraku lumrahnya orang tua Sakit didada diwaktu tidurnya ujarku angin sahaja akibat kurang menjamah makannya Rupanya hebat beliau digigit sang gedomba Perihnya tak tersukat dek rasa Bagiku insan biasa,,, dilalokkan layaknya dengan Morphin sahaja Ibu pergi selamanya setelah berhabis mencuba Melawan sakitnya berseorangan sahaja Anaknya cakna cuma tiba dipenghujung cerita Kerana tak beupaya mem...

2019: Bapak dah tua....

Imej
Dalam kesempatan sebelum azan dilaungkan... aku ingin selerakkan minda kalian dengan kisah teladan yang berulang-ulang sarat berperisa dan tiada tanda akan berkesudahan. Hari tua pasti akan tiba menjelang.. sekiranya aku, kamu dan kalian dapat untuk merasakan tak kesemua kita pasti berkesempatan kerna sejarah melaporkan berulangan bahawa yang muda belia juga sering diberi jemputan menemui Tuhan yang Maha Menjadikan Merasakan minda lebih kuat berkerja berbanding otot dan tulang Merasakan diri lebih kuat hari ini dari semalam namun fakta tidak bercerita sebarangan ianya dari penceritaan dan juga pengalaman diaduk enak dengan kisah jalanan menjadi takut, hairan dan takjub segalanya dianganan. Berbalik kita ke isu dipermulaan Setelah kalian hanyut di intro yang tak berkesudahan Bapak sungguh sarat hidupnya dengan pengalaman hidupnya dizaman Jepun, Inggeris dan sehinggalah ke zaman "Bakal PM yang ke Lapan" dilaungkan. Kisah hidup bertaburan di sepanjang per...

Nama-nama yang baik ( Asma ul Husna )

Imej
Sifat-sifat Allah tersebut terangkum dalam Asmaul Husna, yang secara harfiah diartikan sebagai nama-nama yang baik dan agung bagi Allah SWT berdasarkan sifat-sifat yang Ia miliki. Sebagai Umat islam, sangatlah penting bagi kita untuk mengetahui arti dan makna dari nama-nama yang baik dan  indah yang dimiliki allah SWT, karena di dalam Asmaul Husna selain terkandung nama-nama, gelar, maupun sebutan bagi Allah SWT juga terkandung sifat-sifat indah dan Baik Allah SWT. Firman Allah SWT : هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ  Artinya “ Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai Asmaul Husna. Bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”  (QS. Al- Hasyr ayat 24) YA ALLAH surah al-A‘raf ayat 180: “Dan bagi Allah, nama-nama yang Maha Baik”. YA RAHMA...

Moments that matter

Imej
Pagi ni Sr Vp aku cakap tentang Moments that matter. Menarik jugak kerana dia membawa aku ke suatu tarikh dulu yang aku sesalkan hingga ke saat ini.... Ku kongsikan satu disini... di akhir pengajian anak ku di darjah 6.. seusai sahaja menjalanai peperiksaan UPSR, pihak sekolah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Langkawi untuk pelajar2 senior tahun 6. Seminggu sebelum itu, kami baru sahaja menghabiskan masa bercuti kesana sekeluarga. Aku berhasrat untuk meneruskan perjalanan hujung minggu itu ke Selatan tanahair bagi menziarah sanak saudara. Jadi niatku itu tiada dibangkang dan kami bergembira bersama-sama. Namun setelah 5 tahun berlalu, baru kini terdengar ditelingaku bahawa sausana bercuti bersama-sama rakan sebaya di sekolah amat bermakna kerana bukan tempat yg dilawati yang sebenarnya dicari.. namun MOMENT bersama teman itulah yang amat bermakna dia tidak dapat diundurkan masa untuk menikmatinya bersama-sama lagi Walaupun kini mereka bertemu kembali... namun suasa...

Nak buat macamana dengan uri anakku ini....????

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar. Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga. “Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini. Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata. “Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah. Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, ...

Set your target and fight for it....

Imej
Golll.... perkataan ini sinonim dengan laungan kegembiraan apabila bola dapat dijaringkan ke dalam mulut gol pasukan lawan. Namun, ak ibat dari keterbiasaan itulah makanya kita sering tersilap dalam memilih makna dalam menentukan ke hidupan kita. Setiap manusia dan jin di jadikan dengan satu matlamat, objektif, gol, target, fokus atau apa sahaja laaah... Jom usyar ayat Quran ni yang maksudnya: Para ulama muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak semata-mata terhad kepada fardhu solat, puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah S.W.T. berdasar Firman-Nya tersebut. Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah S.W.T. serta mengikut betul-betul arahan y...

Permata

Imej
Telah ku siapkan  Satu daerah paling sunyi Dalam hati ini untuk kau isi Sebagai isteri Untuk kau penuhi dengan kemuliaan Seorang wanita Untuk kau berilti dengan kelembutan  Untuk kau hargai dengan kasih sayang Ku ingin kau jadi wanita mulia Yang tahu harga budi dan hati Seorang lelaki bernama suami Kerana kau isteri Ku ingin kau mengerti,bahawa hidup ini Tak semudah yang kita dijanjikan,  Yang kita dijanjikan kerana kau isteri ku...

Pilihan Utama Anda : Post mortem SPM2018

Imej
Sekali lagi aku diundang untuk memberi pandangan tentang kursus dan bidang pelajaran sebagai pedoman yang sesuai untuk dipelajari oleh anak-anak kenalan yang baru selesai mendapatkan sijil dengan terbilang Dan sebagaimana biasa, dalam reramai yang berbicara, pelbagai pendapat dilontarkan dengan bangganya. Like nobody business kata Forest Gump ketika memberi pendapatnya Ini yang bagus, itu lebih baik.. elakkan yang ini dan that is the best pelbagai rentak ragam bicara. Lontaran idea yang bernas ini bukan sahaja menjebak anak-anak itu ke dalam kancah kekeliruan yang kronik malahan mejadikan ibu bapanya semakin cemas. Adakah anak aku nak jadi ini.. ehkk dia mungkin bagus untuk jadi itu.. arghhh.. dia mengikut kawan-kawan secara melulu sahaja... apakah akan terjadi owh... macamana niiii... Sebaiknya... jadikanlah iktibar wahai kawan apa yang kita pelajari hari ini bukan 100% menjamin Siapa Kita di masa hadapan. Beberapa tahun dari sekarang Ada yang masa belajar dulu...

Bersyukurlah hai anak...

Imej
Saban hari abah tak akan terlupa Memberi peringatan buat sekalian anak-anakku semua Jasa ibu bapa itu tidak terjumlah seandainya diulang kira Memberikan yang terbaik sebelum ajal mereka hadir menyapa Namun seperti biasa... anak-anakku juga manusia Tak pernah terlepas dari berbuat dosa Abah tak terlupa berpesan lagi Biarpun semakin berkurangan jumlahnya gigi Tiada manusia dilahirkan sempurna hidupnya langsung tiada cacat dan cela Perkongsian di media itu semuanya hanyalah cerita Penyedap hati insan berkarya Mahunya nafsumu tiada terbendung Tak bisa ditutup dibalik tipisnya kerudung Biarpun terdidik sempurna sejak tubuhnya erat dibedung Ilmu dunia akhirat kesemuanya tersadung Anak-anakku tabiat kesemuanya sama Saling tak tumpah watak dan laku Abahnya apa yg diluar sana jelas kelihatan lebih sempurna Mata tertumpu hanya pada keriangan sahaja Abah bertungkus lumus setiap hari Cuba untuk memberikan kelengkapan keluarga sendiri ...

Anugerah Allah untuk mengenal nikmat

Bicara 2016 kali ini berkisar tentang satu perasaan yang sering kita rata-ratanya melupakan. Iaitu nikmat Allah dalam kehidupan seharian hamba-hambaNya. Biar beribu kali diulang-ulang peringatan Biar berjuta kali kesempatan yang datang Namun manusia biasanya akur dengan kesenangan Terlupa segala pemberian kerana tengelam dalam kenikmatan. Bukan tak pernah aku melihat deritanya Mak Cik aku menarik nafasnya setiap kali diserang asthma. Setakat mendengar dan melihat gayanya bernafas, jelas sungguh dia keletihan Kekurangan oksigen dalam badan berpunca dari sel-sel yang bertugas untuk menyerap oksigen dalam paru-parunya tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Disitu barulah kita tahu betapa nikmatnya dapat menarik nafas tanpa sebarang masalah... Hidung tak tersumbat... dada tak ketat. Bersembang aku dengan Suffian QA beberapa tahun lalu Tentang pengalamannya berhadapan serangan jantung... Katanya, Hatinya tak tenteram Dada berombak kencang Ketat dan sendat Sakit dipangkal...

Kutitipkan sekuntum rindu ini buat ibuku...

Imej
November 27 2015 tarikh ini kembali lagi gregorian kalendar mungkin berbeza hari namun tak terhakis lagi rinduku kisah hidup bersama emak yang satu Ternyata benar apa dikata tentang kisah nakalku dahulu kala tatkala emak sentiasa didepan mata mengawal tingkahku sedemikian rupa Jangan disuruh yang tidak dimahu aku akan segera menunjukkan laku taburkan segala yang telah disusun dengan nada bengis tanpa bersantun Namun leteran emak tetapkan sama kata nasihatnya tetap tak beza kadang kalanya dia menitiskan air mata terluka hati dengan sikap anaknda kini dah jauh emak pergi tinggalkan aku seorang diri tergumam menoleh kanan dan kiri tiada siapa lagi yang akan peduli biarpun letih menunjukkan kelaku namun tak siapa ingin nak tahu tak sedar  lama sudah tegak begini akhirnya aku sedar sendiri nakalku dulu bukan untuk sesiapa bahkan tiada istimewanya untuk diriku juga ianya tidak membawa sebarang makna hanyalah untuk memuaskan hatiku saja kini anak ku pu...

Jom Kaya... Jom Kaya

.. terpinga aku dipagi Jumaat yang mulia ini... kisahnya orang yang kaya berada.. berebut untuk menjadi rakyat biasa... termanggu aku untuk meletak diri bersama mereka.... jika dia begitu.. aku pula bagaimana...??? Jika disitu mereka berdiri.. masih tersisakah ruang untuk diriku ini. Sedang sibuk semua menerka... aku bingung terkapa-kapa Tak tahu jelas diri di mana! Walaupun itu hanyalah cebisan sketsa cetusan rasa rekayasa lelaki dan wanita tatkala semuanya masih tegak berdiri di atas dunia wacana tentang hidup sekumpulan manusia yang dahulunya pernah bersama depan Zoo Taiping, SERATAS nama bangunannya Makan, minum dan tidur sejalur kesemuanya Namun mimpi malamnya ternyata berbeza. Sedangkan didunia ini sudah nampak tidak setara Tinggi Rendah Besar Kecil.. semakin jelas ruang jurangnya Apatah lagi nanti kita tiba di alam sebelah sana Ternampak para alim ulama dan juga orang kaya jiwanya jauh diseberang sana Nak panjat untuk bersama terasa tak upaya dek kerana bekalan...

Aidilfitri menjelma dan berlalu pergi....

Imej
Salam mesra dariku yang sudah sekian lamanya bungkam tanpa kata-kata Setelah 9 hari aku tinggalkan pejabat, hari ini kembali aku untuk melunaskan longgokan tugasan yang tak akan disentuh oleh sesiapa jua melainkan aku... hehehehe... Datang dan pergi... tanpa kita sedari... Ramadhan datang dan pergi. Berbahagialah kepada mereka yang berjaya memborong segala yang ada dia siang dan malamnya. Jilakelah mereka yang terlepaskan segalanya. Aku berteraweh di Masjid Timah yang serba serbinnya baru.... tahniah ku ucapkan kepada jawatankuasa masjid kerana program yang sungguh teratur. Dari imam hafiz, masjid berhawa dingin, PA sistem yang baik, idea bernas untuk mengkhatamkan satu kitab sepanjang bulan Ramadhan maka dipilih kitab Hadis 40: Peristiwa akhir Zaman dan tak kurang juga hadanah ( panti asuhan ) percuma yg disediakan di belakang masjid untuk menjaga anak-anak kecil dari mengganggu ibu dan ayahnya bersolat di dewan utama. Maka tiada lagi alasan untuk tidak merebut peluang yang hany...

Manusia hanya melihat apa yang nafsunya nak lihat....

Kata-kata ini kuterima dari salah seorang guruku...walaupun dia bukan yang terbaik mahupun yang paling aku sukai namun ilmunya ini semakin hari semakin nyata dalam kehidupan seharianku ini. Dulunya, guruku berkata, manusia akan melihat... apa yang dia hendak lihat. Namun dengan kata lain manusia akan tertarik untuk melihat apa yang nafsunya ingin melihat. mari kita menelusuri pendapat ini dengan senario yang berpadanan: Senario 1: Kulit putih mulus, memakai baju sendat tanpa lengan dan sekali-sekala mengangkat tangannya tinggi untuk membetulkan rambut ikal mayangnya yang terurai melepasi bahu. Diurai-urai dengan lembut, diikat simpul tinggi dan dilepaskan semula bebrapa kali sambil matanya tetap ke arah buku... Kiranya aku yang duduk disitu... kemanakah arah pandanganku? Bagi lelaki yang ada kat depan tu, mestinya mata meliar melihat kearah tubuhnya yang tidak berbalut pakaian. Bagaimana sekiranya beberapa andasarnya diubah... segalanya serupa namun tubuh itu milik seorang lela...

Perangai pelik rakyat Malaysia.....

Imej
Berbagai perangai pelik rakyat Malaysia yang kulihat namun ada beberapa perkara yang keterlaluan menjolok hati dan minda yang waras. Kubiarkan separuhnya berlalu pergi namun yang terjojol menjolok hidung tak berdaya untuk aku elak. Jika diperhalusi, sememangnya benda ini haruslah di ceritakan bagi membuang rasa bersalah aku kearana menjadi sebahagian dari masyarakat bisu... yang hanya membenci sesuatu perkara mungkar dengan hati.. iaitu selemah-lemah iman. Sejak kebelakangn ini hujan lebat dah menjadi lumrah sebaik sahaja senja berlabuh dan kerap juga bermula dengan angin kuat dan halilintar menggegarkan bumi bermula dari jam 6 petang. Berhatilah aku ketika memandu namun tidak pula sehingga memandu pada kelajuan 30km/j di aliran -aling kanan di lebuhraya sambil memasang lampu kecemasan disepanjang perjalanan. Sikap ini sememangnya menaikkan darjah kesabaranku ke tahap yang lebih tinggi dan dalam banyak ketikanya, ianya melebihi batas.  Entah mnegapa perangai pelik pemand...