Harapan....
Aku sering dikatakan lemah kerana begitu mudah untuk mempercayai butir bicara anak-anak melebihi dari yang disangka. Boleh dikatakan hampir setiap janji mereka itu sering tidak tertunai malahan kadangkala menjadi luahan bicara jenaka. Dan sebagaimana biasa bilamana amarah menguasai diri, aku sering berkata... kalau ada rotan.. abah akan belasah korang semua. Biasanya, kata hamburan itu hanyalah berakhir tanpa sebarang tindakan. Ianya berlalu tanpa sebarang tindakan lanjut dan anak-anak terus sahaja mengambil ringan ancaman yang biasa abah berikan. Kerana sudah maklum inaya akan berakir tanpa sebaarng tindakan susulan. Terkenang aku suatu masa dahulu... tatkala aku bakal menduduki peperiksaan yang besar pertama kali dalam hidupku. Peperiksaan yang menjadi penentu kedudukan aku di persada akedemik tanah air, sering aku berjaga malam sebagai usaha untuk menempatkan diri di kalangan mereka yang berkategori cemerlang. Sering juga bapak yang pulang dari kerja singah ke rumah untuk mand